10 kem team building di malaysia

Team building merupakan aktiviti terbaik untuk rapatkan hubungan sekumpulan orang dalam sesebuah organisasi, dan juga meningkatkan kemahiran, jadi diri, dan personaliti seseorang individu. Selalunya team building dilakukan kepada pelajar sekolah, ahli sukarelawan, orang di tempat kerja, malah juga atlet-atlet kebangsaan. Antara sebab team building merupakan aktiviti yang efektif adalah kerana anda juga dapat merapatkan hubungan antara anggota pasukan anda dan kenali mereka dengan lebih mendalam dalam masa yang singkat. Lagi-lagi kalau team building ini dilakukan di kem. Ini kerana, anda akan buat aktiviti sekali bersama-sama mereka, tidur sekali, makan sekali, dan macam-macam lagi. Jadi dalam perkongsian ini, saya akan berikan anda 10 kem team building di Malaysia untuk anda lakukan aktiviti team building. 1. White resort camp , Penang Kem ini terletak di kawasan dusun durian dan berdekatan dengan Pulau Betong yang merupakan lokasi pendaratan dan pengumpulan ikan ...