10 kem team building di malaysia

Team building merupakan aktiviti terbaik untuk rapatkan hubungan sekumpulan orang dalam sesebuah organisasi, dan juga meningkatkan kemahiran, jadi diri, dan personaliti seseorang individu. Selalunya team building dilakukan kepada pelajar sekolah, ahli sukarelawan, orang di tempat kerja, malah juga atlet-atlet kebangsaan.

Antara sebab team building merupakan aktiviti yang efektif adalah kerana anda juga dapat merapatkan hubungan antara anggota pasukan anda dan kenali mereka dengan lebih mendalam dalam masa yang singkat. Lagi-lagi kalau team building ini dilakukan di kem. Ini kerana, anda akan buat aktiviti sekali bersama-sama mereka, tidur sekali, makan sekali, dan macam-macam lagi.

Jadi dalam perkongsian ini, saya akan berikan anda 10 kem team building di Malaysia untuk anda lakukan aktiviti team building.



Kem ini terletak di kawasan dusun durian dan berdekatan dengan Pulau Betong yang merupakan lokasi pendaratan dan pengumpulan ikan segar di Balik Pulau. Kedudukan kem yang berhampiran dengan kaki Bukit Genting juga menawarkan panorama yang indah, dingin dan berkabus.

Aktiviti di kem ini sesuai untuk semua orang sama ada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi, organisasi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat korporat dan syarikat swasta. 

Mereka mempunyai pelbagai jenis kemudahan dan menawarkan aktiviti-aktiviti team building yang menarik seperti Survival,Tali Tinggi,Tali Rendah,Kembara Halangan,Jungle Trekking, Hiking,Night Walk, Asas Ikatan Tali,Asas Peta dan Kompas,Asas Pertolongan Cemas.

Kemudahan mereka pula menarik dan lengkap. Antara kemudahan mereka ialah kemudahan kayak, flying fox & abselling, swinging bridge, 1.8 Meter Wall, Graduated Balance, Monkey Rack, Tarzan Swing, Tunnel, Wire Grating dan 3.0 Meter Wall Tapak Perkhemahan , padang futsal, padang bola jaring, dan gelanggang bola tampar.

Ada macam-macam aktiviti yang anda boleh buat untuk team building di sini. Memang penuh dengan segala macam jenis aktiviti.


2. Impian rimba resort, Selangor

Kem hanya 45 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur. Kem ini terletak di kawasan dusun buah-buahan seperti durian, tampoi, rambutan, duku langsat, kundang dan pulasan.

Dengan suasana yang santai dikelilingi tumbuhan hijau, deruan sungai yang mengalir,keindahan alam semula jadi sesuai untuk merehatkan minda dari kesibukan kerja malah dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga.

Kem ini menawarkan 42 unit chalet berkonsep Studio terdiri daripada 2 jenis  dan 5 unit dorm yang juga terdiri daripada 2 jenis. Keseluruhan chalet dan dorm ini boleh memuatkan hampir 200 orang peserta.

3. Keriang hill resort, Kedah

Kem ini memang khusus untuk aktiviti team building. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kursus ini dalam membina semangat perkumpulan melalui aktiviti bersama-sama.

Antara aktivit yang mereka tawarkan ialah, Energizer & Pergerakan, TRUST Games, Komando Cross, Paip Bocor, Maze Games, perlumbaan, dan macam-macam lagi.

Mereka pernah mengadakan bermacam jenis program, daripada program teknikal, management, health and safety, sampailah program-program seperti motivasi dan juga team building.


4. Hulu langat resort

Kem di Hulu Langat ini terletak agak jauh ke dalam kawasan kampung untuk suasana yang lebih hijau, sejuk, dan juga tenang dengan kesepian alam.

Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti outdoor seperti kembara ke air terjun ulu perdik (45 minit perjalanan), berakit di sungai Langat, dan juga bersantai di Sungai Congkak.

Antara aktiviti yang mereka tawarkan ialah Abseiling, Barbecue, Flying Fox, Jungle Trekking, Jungle adventure, Night Walk, Obstacle Course (termasuklah rock climbing),Rafting,Seminar dan workshop, Survival Program, Team Building, Water Obstacles, dan sebagainya.

Yang uniknya kem ini mempunyai kemudahan sungai dan juga hutan untuk dilakukan aktiviti seperti berakit dan jungle trekking. Ini merupakan pilihan terbaik kalau anda inginkan aktiviti seperti itu.







5. Berhulu kem, Negeri Sembilan

Kem berhulu mengutamakan 70% outdoor dan cuma 30% sahaja indoor. Mereka komited untuk menjadikan peserta bertambah semangat untuk melakukan akitiviti outdoor. 

Antara program atau kursus yang mereka tawarkan ialah kursus motivasi dan budaya kerja, kursus kepimpinan,  kursus komunikasi berkesan , dan bermacam lagi.

Berhulu kem mempunyai pengalaman hampir lebih 15 tahun. Mereka menggunakan tema perkhemahan sebagai kunci untuk menguatkan semangat Team Building sseebuah pasukan. 

Bagi mereka, suasana perkhemahan adalah sangat mencabar dan seronok kerana tiada jurang perbezaan berkomunikasi , pangkat , status, jadi ia memudahkan mereka berhubung satu sama lain sambil menikmati suasana alam.

Konsep ini akan membuatkan mereka akan cepat mesra kerana mereka sentiasa bercampur antara satu sama lain sambil bersantai dan berkenalan. 

6. Agrotek garden resort

Resort ini menyediakan 6 jenis chalet yang berjumlah 62 buah keseluruhannya dan juga dormitory.

Yang bestnya resort ini, ada pelbagai kemudahan seperti restoran, kolam renang, surau, dewan, wakaf dan tempat bbq.

Kem ini sesuai untuk mengadakan aktiviti family day, kursus, seminar, reunion, team building, dan macam-macam lagi. Untuk team building, anda boleh cuba aktiviti-aktiviti seperti mandi sungai, jungle trekking dan berenang.


7. Kenali Asia Camp, Kuala Kubu Baharu

AsiaCamp adalah sebuah syarikat pengurusan latihan dan rekreasi yang beroperasi di Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Kem ini terletak di sebelah Sungai Selangor dan kaki Bukit Jaluran Banjaran Titiwangsa. Ia lokasi Team Building yang menawarkan  perkhemahan dan dormitari kepada peserta.

AsiaCamp mampu menerima 1000 peserta di dalam 1 masa, dengan kekuatan 36 unit asrama, 20 unit dewan, 50 orang jurulatih. Kapasiti dewan yang boleh memuatkan 1000 orang memberi kelebihan untuk aktiviti melibatkan pergerakan terus berlangsung walaupun hujan.


Antara aktiviti team building yang ditawarkan ialah abseiling, orienteering, Flying Fox, Obstacle Course, Night Walk, Survival Cooking, Memanah, Berakit, BBQ, Jungle Tracking, Treasure Hunt, dan macam-macam lagi.


8. Camar laut resort, Selangor

Resort Camar Laut yang juga dikenali sebagai Pusat Latihan LKIM adalah sebuah pusat latihan dan juga resort percutian yang diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Terdapat kemudahan seperti dewan, bilik mesyuarat, café, kolam renang, tempat bbq, sewa basikal dan gelanggang badminton ada disediakan di resort ini. Jadi anda boleh buat aktiviti team building di kolam renang, bbq, bermain basikal, dan badminton.

Chaletnya sangat cantik dan luas, menjadikan temapt ini sangat sesuai untuk aktiviti hari keluarga, reunion, kursus, seminar, dan aktiviti team building.

9.  Kalumpang resort dan training center, Selangor.

Kem ini mempunyai lebih dari 70 unit chalet yang di bina dengan elemen semulajadi dan moden.

Di Kalumpang Resort ini juga turut mempunyai penginapan asrama bagi pengunjung yang datang dalam kapasiti yang ramai dan tapak perkhemahan untuk mereka yang sukakan aktiviti outdoor.

Terdapat kemudahan seperti kafe, surau, tandas awam, mini zoo, taman permainan, kolam mandi, taman rekreasi, padang dan sebagainya.

Tempat ini seusai untuk aktiviti team building yang dipenuhi dengan alam semulajadi.

10. Singgah santai resort, Selangor 

Singgah Santai Resort direka khas untuk memberi latihan kepada pembangunan manusia untuk tenaga kerja agensi kerajaan dan juga sektor swasta.

Selalunya resort ini dijadikan tempat untuk hari keluarga, aktiviti sukan tahunan, motivasi diri, pembinaan pasukan dan lain-lain.

Terdapat 16 unit chalet, 2 unit homestay dan 2 blok dorm disediakan dan memuatkan 250 orang pengunjung dalam satu masa.

Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang, surau, dewan, cafeteria, tempat bbq dan wakaf.

Kesimpulannya, kem team building memainkan peranan yang penting untuk anda tingkatkan kualiti pembentukan peribadi dan merapatkan hubungan antara ahli pasukan anda. 

Pengalaman team building itu penting, dan mampu mempengaruhi hubungan ahli pasukan anda. Oleh itu, pilihlah tempat kem building yang sebaiknya untuk hasil yang paling terbaik untuk pasukan anda.



Comments